Contoh poster / flyers
PENGENALAN PROGRAM ++
Akal yang sihat berpunca dari Badan yang sihat. Muslim yang kuat pula lebih disukai Allah berbanding yang lemah. Dalam diri manusia ada seketul daging,jika baik maka baiklah seluruh tubuh badannya.Begitu sebaliknya pula.
Ini antara sebilangan banyak hadits yang disabdakan Nabi SAW tentang kesihatan luaran dan dalaman diri seseorang muslim. Mungkin kebanyakan kita sedar akan hakikat maksud hadits tersebut akan tetapi masih lagi alpa tentang apa matlamatnya.
Di antara cara untuk mendedahkan contoh panduan kesihatan luaran dan dalaman ini adalah dengan MEMBUDAYAKAN SIFAT LUARAN DAN DALAMAN seorang muslim yang menjadi tuntutan.
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH ini bertujuan memberi pendedahan tentang keutamaan tanggungjawab untuk diri,menunjukcara terbaik dan menerapkan nilai tentang pembentukan muslim kamil.

No comments:
Post a Comment