
Hidup bersyariat didefinasikan sebagai menjalani kehidupan
sehari-hari dengan mengamalkan amalan-amalan hidup berpandukan panduan yang
terkandung daripada Al-Quran & As-Sunnah.
Mungkin ramai yang tahu
memperkatakan tentang Hidup bersyariat ini akan tetapi sebenarnya masih ramai yang tidak
tahu melaksanakan dan mengamalkannya dalam kehidupan.Bahkan pada hal-hal yang remeh temeh
sekalipun,jika tidak diberikan pendedahan, mungkin boleh menyebabkan kita tersasar &
mengamalkan amalan yang jelas bertentangan dari ajaran islam sebenar.
Program MENCARI JALAN PULANG ini bertujuan memberi pendedahan tentang salahlaku amalan harian
yang bertentangan syariat islam,memberi tunjukcara mempraktikkan amalan-amalan
islam dalam hal-hal semasa dan menerapkan nilai kesedaran diri
&tanggungjawab dalam melaksanakan apa yang telah dipelajari sepanjang
program.
OBJEKTIF PROGRAM ++
Program PANDUAN HIDUP
BERSYARIAT ini merupakan program penerapan ilmu Akhlak&Syariah islamiah
serta pembinaan sahsiah diri berlandaskan objektif berikut:
· Memberi pendedahan tentang amalan kebiasaan yang sebenarnya bukan dari
ajaran islam sebenar;
· Memberi tunjukcara dan bimbingan cara melaksanakan amalan syariat dalam
kehidupan seharian;
· Menerapkan nilai-nilai tentang kebaikan amalan bersyariat,
tanggungjawab dan cara hidup islam sebenar.
SASARAN ++
- Remaja islam berisiko tinggi yang terdedah dengan budaya tidak islamik
- Peserta berumur seawal 9 - 20 tahun
- Dilaksanakan selama 2 minggu (isnin - khamis@jumaat)
- Bermula seawal 8.30 pg - 2.00 ptg
- Sesuai dilaksanakan di kem,masjid-masjid atau sekolah
UNTUK MENEMPAH,HUBUNGI KAMI SELEWATNYA 3 MINGGU SEBELUM TARIKH PROGRAM BERLANGSUNG ^_^

No comments:
Post a Comment