TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI AW-c. HEBAHAN TERBARU DARI KAMI: NOV 2014 >>> 1) 15 nOV : MENGENDALIKAN EMOSI DIRI DENGAN TEKNIK NLP - Akademi NLP, Pusat dagangan UMNO +++++ 2) 27 - 28 MAC : KEM REMAJA BESTARI - Masjid Al-Ehsan, Kg.Sg.Lang Tengah, Banting Selangor +++++ APRIL 2014 >>> 1) 5 APRIL : POSITIF LEAD - SRA Rantau Panjang, Klang. Selangor +++++ 2) 26 - 27 APRIL : POSITIF LEAD - SRA Kg. Medan, Kuala Langat. Selangor +++++ MEI-JUN 2014 >>> 1) 31 MEI - 1 JUN : KEM ASPIRASI MAHASISWA - El-Azzhar Campsite , Morib Banting. Selangor +++++ 2) 2 - 3 JUN : KEM SMART SOLAT - SRAI TENGKU AMPUAN FATIMAH , BATU BELAH, KLANG. Selangor +++++ UNTUK TEMPAHAN PROGRAM DAN MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 011-2113 3734..

Sunday, February 24, 2013

KEM RESPONSE-ABILITY



PENGENALAN PROGRAM

Remaja masakini lebih terdedah dengan perubahan ketamadunan dunia moden. Maklumat yang disampaikan lebih mudah diperolehi dan mempengaruhi fikiran mereka. Jika golongan ini dibiarkan tanpa bimbingan,mereka pasti terbimbing dengan anasir luar yang pasti bukan seperti apa yang kita mahukan.

Dalam aspek mengurus perubahan alam kanak-kanak ke  alam lebih dewasa,para remaja adakalanya tidak mendapat pengetahuan yang tepat dalam mempraktikkannya. Dunia baru yang dihadapi,banyak mendorong mereka memilih sesuatu perkara tanpa mengetahui baik buruknya. Malah seringkali mereka tidak tahu apakah tanggungjawab yang sepatutnya dipikul dalam meneruskan alam yang lebih dewasa ini.


Di antara tanggungjawab Sebagai seorang muslim,tanggungjawab menunaikan solat adalah suatu kewajipan. Malangnya Dunia masakini menjadikan sesuatu kewajipan agama biasanya dipandang dari segi aqli dan bukan sekadar mentaati dalam melaksanakannya.

Sebagai seorang pelajar dan pekerja,pengurusan masa yang baik sebenarnya mampu membimbing individu melaksanakan urusan hariannya dengan lebih teratur dan mudah. Jika kebanyakan masa tidak diurus dengan baik,sebenarnya menjadikan seseorang individu sering kebosanan,melepak atau juga melakukan sesuatu aktiviti yang tidak berfaedah. Maka adalah perlu kita memberi pendedahan,bimbingan dan penerapan nilai yang baik untuk menanganinya.

Program RESPONSE-ABILITY  ini,antara lainnya bertujuan memberi pendedahan tentang bagaimana mengurus akil baligh(lelaki dan perempuan),tentang kaitan solat dan sains dari segi kesihatan,memberi tunjuk cara melaksanakan tanggungjawab berkaitan alam dewasa,melaksanakan ibadah solat yang betul serta menerapkan nilai tentang pengurusan masa dan melaksanakan tugasan mengikut pelan kerja yang dirancang.

OBJEKTIF PROGRAM

Program RESPONSE-ABILITY  ini merupakan program penerapan ilmu pengurusan diri dan pembinaan sahsiah serta konsep kendiri berlandaskan objektif berikut :
v  Memberi pendedahan kepada peserta cara mengenal diri dan kebaikan solat dari segi kesihatan.
v  Memberi tunjuk cara dan bimbingan tentang pengurusan aqil baligh,cara solat yang betul serta pengurusan masa yang efektif.
v  Menerapkan nilai murni pada peserta tentang kepentingan ibadah solat serta pengurusan masa dalam kehidupan sehari-hari.


SASARAN
  • Pelajar -pelajar peralihan aqil baligh (sekitar umur 10 - 15 tahun)
  • Pelajar yang berisiko,tidak pernah terdedah dengan fakta aqil baligh
  • dilaksanakan selama 2H 1M atau 3H 2M
  • sesuai dilaksanakan di kem,masjid atau sekolah
UNTUK MENEMPAH,HUBUNGI KAMI SELEWATNYA 3MINGGU SEBELUM PROGRAM BERLANGSUNG ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...