TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI AW-c. HEBAHAN TERBARU DARI KAMI: NOV 2014 >>> 1) 15 nOV : MENGENDALIKAN EMOSI DIRI DENGAN TEKNIK NLP - Akademi NLP, Pusat dagangan UMNO +++++ 2) 27 - 28 MAC : KEM REMAJA BESTARI - Masjid Al-Ehsan, Kg.Sg.Lang Tengah, Banting Selangor +++++ APRIL 2014 >>> 1) 5 APRIL : POSITIF LEAD - SRA Rantau Panjang, Klang. Selangor +++++ 2) 26 - 27 APRIL : POSITIF LEAD - SRA Kg. Medan, Kuala Langat. Selangor +++++ MEI-JUN 2014 >>> 1) 31 MEI - 1 JUN : KEM ASPIRASI MAHASISWA - El-Azzhar Campsite , Morib Banting. Selangor +++++ 2) 2 - 3 JUN : KEM SMART SOLAT - SRAI TENGKU AMPUAN FATIMAH , BATU BELAH, KLANG. Selangor +++++ UNTUK TEMPAHAN PROGRAM DAN MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 011-2113 3734..

Saturday, February 02, 2013

DAURAH SYAKHSIAH AL-QURAN

Contoh Banner

PENGENALAN

Program DAURAH SYAKHSIAH AL-QURAN ini,antara lainnya bertujuan memberi pendedahan tentang pembacaan Al-quran yang betul,penghayatan hadis-hadis amalan harian,menunjukcara panduan ibadah dan akhlak berpandukan al-quran dan menerapkan kepercayaan kepada sifat-sifat wajib bagi Allah dalam menjalani kehidupan seharian.



TUJUAN

Mengkaji kelemahan dan kekurangan generasi muda Negara dalam membentuk integriti diri dan moral yang menjadi asas fungsi pembangunan diri individu dan wawasan Negara berpandukan al-quran dan sunnah.

OBJEKTIF PROGRAM

Program DAURAH SYAKHSIAH AL-QURAN ini merupakan program penerapan ilmu pengurusan ahlak dan pembinaan sahsiah serta konsep kendiri berlandaskan objektif berikut :

Memberi pendedahan kepada peserta cara membaca al-quran dengan betul
Memberi tunjuk cara dan bimbingan tentang akhlak dalam al-quran dan ibadah seharian serta;
Menerapkan nilai murni pada peserta tentang kebesaran Allah berpandukan sifat-sifat wajib bagi allah dan penghayatan ayat dalam surah-surah Al-quran serta hadis-hadis Rasulullah SAW.

SASARAN

i.        Peserta berumur 9 hingga 17 tahun
ii.       Lebih baik bagi yang tiada asas agama
iii.      dilaksanakan di masjid,surau atau sekolah selama 2minggu,isnin - khamis.
iv.      dilaksanakan selama setengah hari (8.30pg - 2.00ptg).


UNTUK MENEMPAH,SILA HUBUNGI KAMI SELEWATNYA 3MINGGU SEBELUM PROGRAM ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...