TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI AW-c. HEBAHAN TERBARU DARI KAMI: NOV 2014 >>> 1) 15 nOV : MENGENDALIKAN EMOSI DIRI DENGAN TEKNIK NLP - Akademi NLP, Pusat dagangan UMNO +++++ 2) 27 - 28 MAC : KEM REMAJA BESTARI - Masjid Al-Ehsan, Kg.Sg.Lang Tengah, Banting Selangor +++++ APRIL 2014 >>> 1) 5 APRIL : POSITIF LEAD - SRA Rantau Panjang, Klang. Selangor +++++ 2) 26 - 27 APRIL : POSITIF LEAD - SRA Kg. Medan, Kuala Langat. Selangor +++++ MEI-JUN 2014 >>> 1) 31 MEI - 1 JUN : KEM ASPIRASI MAHASISWA - El-Azzhar Campsite , Morib Banting. Selangor +++++ 2) 2 - 3 JUN : KEM SMART SOLAT - SRAI TENGKU AMPUAN FATIMAH , BATU BELAH, KLANG. Selangor +++++ UNTUK TEMPAHAN PROGRAM DAN MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 011-2113 3734..

Saturday, February 02, 2013

Daurah Penghayatan Islam

contoh banner 


PENGENALAN

Program DAURAH PENGHAYATAN ISLAM ini,antara lainnya bertujuan untuk mengajak peserta sama-sama menghayati cara hidup islam yang diwarisi dari panduan Al-quran dan sunnah Baginda SAW.Juga memberi pendedahan tentang pembudayaan amalan membaca dan menghafaz Al-quran,menunjukcara panduan ibadah dan akhlak berpandukan al-quran dan menerapkan kepercayaan kepada sifat-sifat wajib bagi Allah dalam menjalani kehidupan seharian.


2.            TUJUAN

Mengkaji kelemahan dan kekurangan generasi muda Negara dalam membentuk integriti diri dan moral yang menjadi asas fungsi pembangunan diri individu dan wawasan Negara berpandukan al-quran dan sunnah.

3.            OBJEKTIF PROGRAM

Program DAURAH PENGHAYATAN ISLAM  ini merupakan program penerapan ilmu pengurusan akhlak dan pembinaan sahsiah islamik serta budaya holistik berlandaskan objektif berikut :

Memberi pendedahan kepada peserta budaya islamik sebenar berpandukan sumber sahih.
Memberi tunjuk cara dan bimbingan tentang akhlak dalam al-quran dan ibadah seharian serta;
Menerapkan nilai murni pada peserta tentang kebesaran Allah berpandukan sifat-sifat wajib bagi allah dan penghayatan ayat dalam surah-surah Al-quran serta hadis-hadis Rasulullah SAW.

4.            REKABENTUK / METHODOLOGI PROGRAM

i.              Taklimat dan Ice-breaking
ii.             Ceramah dan Penerangan
iii.            Latihan dalam kumpulan / bengkel
iv.            Permainan dalam kumpulan
v.             Simulasi / demonstrasi / soal-jawab
vi.            tayangan slide-show/BBM

 5.            KUMPULAN SASARAN / KATEGORI

i.              100-120 orang  peserta  sekitar berumur 09-17 tahun
ii.             Peserta yang berminat mendalami hal-hal agama
iii.            Dilaksanakan selama 1 / 2 / 3 / 4 minggu
iv.            4 / 5 hari seminggu,8.00 pg - 2.00 ptg


(c) HAKCIPTA TERPELIHARA AW-c



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...